KAJANG - Sasterawan Negara (SN), Prof. Emeritus Datuk Dr. Shahnon Ahmad meninggal dunia di Hospital KPJ Kajang di sini pagi ini akibat pneumonia.
Monday, December 25, 2017
Sasterawan Negara Shahnon Ahmad meninggal dunia
KAJANG - Sasterawan Negara (SN), Prof. Emeritus Datuk Dr. Shahnon Ahmad meninggal dunia di Hospital KPJ Kajang di sini pagi ini akibat pneumonia.
Thursday, November 17, 2016
INSENTIF BIZ ONEXOX
Level 1 = 6%
Insentif ini dipanggil Insentif User Get User (UGU).. 6% Tiap2 Bulan Daripada Jumlah Topup User simkad yg anda perkenalkan..
Jika anda serius ingin mendapatkan Income pasif yg lebih tinggi, anda boleh mendaftar sebagai Peniaga / Sub-Dealer (SD)..
Pendaftaran SD baru cuma Rm90 (Dapat 5 Simkad)..
Sebagai SubDealer, terus layak untuk menerima insentif Bulanan Topup User seperti berikut:-
Level 1 = 10%
Setelah SD tersebut mempunyai 20 orang pengguna + RM5 topup, SD itu akan dinaikkan ke status DEALER dan layak untuk menerima tambahan insentif Topup Bulanan sehingga 4 level seperti berikutnya:-
Level 1 = 10%
Level 2 = 2%
Level 3 = 2%
Level 4 = 1%
Dan sekiranya mencapai TARGET BULANAN activation 50 User bg Group dibawah kita + personal target, akan dibuka lagi insentif untuk:
Level 1 = 10%
Level 2 = 2%
Level 3 = 2%
Level 4 = 1%
Level 5 = 1%
Level 6 = 1%
Dan sekiranya memenuhi Target, Syarikat akan menilai anda untuk dinaikkan pangkat menjadi AREA DEALER dan akan dibuka lagi insentif untuk:
Level 1 = 10%
Level 2 = 2%
Level 3 = 2%
Level 4 = 1%
Level 5 = 1%
Level 6 = 1%
Level 7 = 1%
Level 8 = 1%
Insentif ini adalah lebih adil.. Anda yg berusaha dapatkan User, maka anda akan dpt lebih dari upline2 anda..
Insentif ini juga adalah pd kadar yg berpatutan.. Tidak berlaku Over Pay yg boleh menjejaskan keuntungan syarikat..
PERLU DIINGAT JUGA INSENTIF INI BERTERUSAN SELAGI CUSTOMER KITA MENGGUNAKAN TALIAN ONEXOX!!!
TIAP2 BULAN!
SEUMUR HIDUP!!
# Bukan Skim Cepat Kaya tapi biz sen2 dengan pendapatan berterusan.
http://www.onexoxempire.com
WhatsApp Now : 013.6969.073 @ 019.9378.606
Friday, August 21, 2015
JARING ditutup dengan rasminya pada 22.8.2015
Syarikat penyedia perkhidmatan internet pertama Malaysia, Jaring Communications Sdn Bhd (JARING) akan ditutup secara rasminya tepat jam 12:00 tengah malam ini (22 Ogos 2015). Kelihatan trak-trak menunggu untuk memunggah keluar harta benda JARING ketika ini.
Terkuburnya JARING dikaitkan dengan tindakan Kementerian Kewangan menjual syarikat ini kepada 'penyangak' yang menyedut wang dari JARING dan menambahkan hutang syarikat yang akhirnya menyebabkan syarikat ini terpaksa ditutup! Siapa menteri yang bertanggungjawab itu?!
Ikutilah puisi nukilan pengasas MIMOS/Jaring yang dikenali sebagai 'Bapa Internet Malaysia', Dr. Mohamed Awang Lah.
Selamat tinggal JARING
November sembilan puluh dua kau bermula
Setelah sedekad belajar dan mencuba
Mempelopori Internet untuk negara
Demi masa depan bersaing di dunia
Tanggal satu Januari empat belas lalu
Kau dijual kepada seorang penipu
Mungkin kerenah menteri wang tu
Apa tujuan tak siapa yang tahu
Jutaan wangmu disedut keluar
Bertambahlah hutang tak terbayar
Ramai pemiutang hilang sabar
Masuk mahkamah tutup diisytihar
Tahun lima belas, dua puluh satu Ogos
Nafas akhirmu terpaksa dihembus
Dua puluh tiga tahun bertungkus lumus
Memberi khidmat tanpa terputus
Walau cita murnimu belum kecapaian
Jasa dan baktimu tetap dikenang
Moga bekas wargamu dapat pembelaan
Demi meneruskan mata pencarian
Pemergianmu diiringi dengan sedu
Dalam hati banyak yang terbuku
Namun tiada siapa nak ambil tahu
Semua sibuk kemelut nombor satu.
Thursday, August 20, 2015
Sejarah awal bagaimana Air Asia bermula
Temuramah dengan Tan Sri Tony Fernandes (Gambar adalah pejabat Tony Fernandes di LCCT, ada satu pintu yang membolehkan anda naik ke atas, di antara barisan kedai-kedai, ada lif, tingkat 1) .
SIAPA YANG MULA-MULA TERLIBAT?
Saya dan Kamaruddin berdua pada mulanya, Kamaruddin saya kenal melalui Roslan Aziz, dulu saya bekerja dalam industri hiburan, bila saya balik (dari England) tidak ada musik tempatan, hanya ‘Mat Saleh musik’.
Kami mulakan musik tempatan, dengan Jamal Abdillah, Salem, dan Zainal Abidin, saya kenal dengan Roslan Aziz dan Roslan perkenalkan saya dengan Kamarudin.
Sampai satu hari saya jemu berkerja dengan orang asing, saya terfikir hendak buka syarikat penerbangan, dan Kamarudin adalah orang yang tidak ketawa dengan idea saya.
Dia orang yang terlibat dengan dunia kewangan. Jadi saya beritahu, boleh pergi cari RM20 juta, kita perlukan.
KENAPA PILIH SYARIKAT PENERBANGAN?
Bila saya bersekolah di England, ayah saya hantar saya ke sana ketika berusia 12 tahun, tidak ada siapa yang menunggu di lapangan terbang, saya perlu menaiki bas ke sekolah itu, saya lakukan sendiri. Dan bayangkan ketika itu, bila saya sampai ke lapangan terbang, semua orang berkulit putih… kah kah kah (ketawa).
Ketika itu tidak ada telefon bimbit, perlu guna telefon awam, saya telefon emak tanya, boleh saya balik masa cuti penggal, emak saya kata, tidak boleh kerana (tiket penerbangan) terlalu mahal.
Dari saat itulah, saya terfikir, satu hari perlu buat penerbangan murah, perkara itu sentiasa ada dalam fikiran saya.
Ibu saya ketika muda memulakan perniagaan Tupperware di Malaysia, banyak staf saya kini adalah bekas pekerja ibu saya.
Saya selalu ikut dia terbang ke sana-sini untuk perniagaannya, jadi konsep penerbangan tambang murah ini sentiasa bermain di fikiran.
Bila saya berhenti dari Warner Music, saya duduk di bar dan lihat iklan Easyjet (syarikat penerbangan murah England) dan saya terfikir wow, idea ini bagus.
Kemudian saya pergi ke lapangan terbang Luton, sunguh mempersonakan, boleh terbang ke Barcelona tambah lapan pound, ke Paris 10 pound.
Saya jumpa Kamarudin dan beritahu hendak buka syarikat penerbangan, dia tak kata ‘idea bodoh’ atau seumpamanya, dia kata okay.
Kami jumpa, saya terangkan kepadanya, dia kata, okay, saya join, dan kemudian tanya, apakah saya nak gunakan duit saya sendiri, saya kata ya, dia kata okay, saya setuju kita bahagi 50-50, saya kata ini idea saya bagilah saya 51, dia kata okay. Selesai.
Kemudian saya ajak Aziz Bakar sertai kami, kami bertiga dengan modal RM 1 juta, (Aziz tak letak duit). Kami mula duduk bersama, dan mula buat bisnes plan.
Ia agak mengejutkan sebab kami semua tidak ada pengalaman dalam dunia penerbangan. Kami dapat dari internet.
Kemudian, kami jumpa dengan Datuk Pahamin (Ab Rajab) (bekas Ketua Pengarah Jabatah Pengangkutan Jalan) kami pernah berkerjasama hapuskan cetak rompak ketika saya masih dalam industri hiburan.
Kami jumpa (bertiga) dan makan roti canai, kemudian Aziz buka cerita, “eh macam mana kita hendak dapat lesen penerbangan? “ Kami semua saling berpandangan, “Yalah macam mana hendak dapat lesan penerbangan..” sudah tentu tak boleh dibeli di kedai… kah kah kah (ketawa)
Kemudian Kamaruddin kata “Kita perlukan sokongan politik,” sekali lagi kami saling berpandangan… kami tak kenal siapapun… kah kah kah
Kami kemudian pergi jumpa Datuk Pahamin, terangkan kepadanya, dia suka idea itu dan setuju, dia ada pengalaman dalam Kementerian Pengangkutan, bila timbul soal lesen, dia kata, kita perlu berjumpa Perdana Menteri Dr Mahathir.
Jun 2001, kami bertiga saya, Aziz dan Pahamin, Kamarudin tidak dapat sertai.
Saya sampai awal, ketika sampai, pagar pun belum buka, tidak lama kemudian, bila boleh masuk, kami duduk menunggu sampai ada orang datang, mereka kenal Aziz, dan tanya “Jumpa PM sebab cetak rompak ke?” kah kah kah
Semua orang kenal kami sebagai orang dalam industri hiburan, tapi Aziz kata “Tidak kami mahu buka syarikat penerbangan,” “semua ketawa” kah kah kah.
Semasa kami menunggu, ada pegawai PM beritahu, hari ini bukanlah hari yang baik untuk bertemu PM, saya tanya mengapa, katanya, temujanji pertama PM hari itu adalah dengan pembangkang.
Ia berhubung isu sakit belakang Anwar Ibrahim yang dipenjara ketika itu, yang hadir jumpa PM termasuk ketua pembangkang Datuk Fadzil Noor.
Saya diam, kemudian diberitahu, temujanji kedua PM hari itu adalah dengan MAS, wah lengkap, mula-mula pembangkang kemudian dengan MAS, kamu bayangkan…kah kah kah (ketawa)
Saya terfikir hendak tulis semula CV dan pergi ke BMG Music… hahaha
Ketika beliau masuk ke pejabat PM, luas sungguh, Dr Mahathir kamu tahulah, dia serius orangnya dan terus berkata, “I’m sick, make it fast,”.
Saya terfikir, mula-mula pembangkang, kemudian MAS dan kini PM kata dia tidak sihat. Hahaha, lengkap.
Saya fikir habislah, saya tidak bercakap soal cadangan kami lagi, sebaliknya, sebagai orang dari industri hiburan, saya beri PM satu CD album terbaru SM Salim dan Siti Nurhaliza, rakaman terakhir saya, saya tahu PM peminat SM Salim.
Bila hilang kekok, baru saya bentangkan cadangan saya, Dr Mahathir tidak kata apa-apa, dia hanya senyum sikit bila saya bergurau tentang Singapura, tetapi akhirnya, kami semua terkejut, kerana PM tahu semuanya tentang penerbangan tambang murah.
PM kata dia suka lihat kesungguhan kami, walaupun latar belakang kami bukan dari industri penerbangan, tapi kami menunjukkan kesunguhan, dan dia yakin akan berjaya.
PM akhirnya kata, “Saya tidak ada masalah dengan idea kamu…” kami semua teruja dengan komen dia untuk setengah minit, dan kemudianya dia kata “Tapi… kamu kena ambil alih syarikat penerbangan yang ada, ada dua syarikat penerbangan yang gagal, kamu kena ambil alih yang sudah ada…”
Pertemuan berakhir, kami keluar dan berfikir, duit ada sejuta sahaja, macam mana hendak beli syarikat penerbangan, tapi saya positif.
Kami pergi ke Pelangi Air, anak syarikat milik kerajaan Terengganu, tapi kami dapati sukar untuk baik pulih syarikat itu.
Entah bagaimana, satu hari saya sedang bermain golf saya terlihat kawan lama DRB Hicom, saya teringat tentang Air Asia kepunyaan mereka, saya tanya kepadanya, dia soal semua, “kamu mahu membelinya? Esok pun boleh…kami tidak mahukannya”
Kemudian kami atur pertemuan dengan pihak pengurusan tertinggi DRB Hicom, konsisten, mereka mahu jualnya, mereka tanya saya berapa saya hendak beli, saya bergurau RM1, ya kata mereka esok kamu boleh ambil alih.
(Nota: Ketika itu Air Asia ada hutang sebayang RM40 juta, dengan dua pesawat dan 254 kakitangan)
Kami setuju dan tandatangan perjanjian pada 8 september 2001, 10 tahun dulu.
Kami tiada modal, saya dan Kamaruddin cagarkan rumah kami pada bank untuk cari modal.
DRB Hicom banyak membantu kami diperingkat permulaan, saya perlu nyatakannya.
Kami syarikat penerbangan berlandaskan syariah sebenarnya. Kami satu-satunya penerbangan yang tidak menjual alkohol di rantau ini.
(Ahmad Faizul) ini antara paling awal sertai kami. Dia buat macam-macam tugas, pengurus kabin crew dan lain-lain. Dia dari MAS, sekarang dia jaga komunikasi saya.
Dia bacth yang ke lapan, satu sampai tujuh staf asal ketika bersama DRB Hicom lagi, dia yang ke lapan, dan kini kami ada 127 bacth dalam masa sepuluh tahun.
Saya ingin tekankan bahawa, kami syarikat 1Malaysia dari awal lagi, dan kami juga syarikat bumiputera, ini bukan Ali-baba, Kamaruddin, Aziz Bakar dan Datuk Pahamin adalah pemegang saham yang aktif dan kami kawan.
Kalau kamu lihat Pegurus Kanan Air Asia kamu dapati ramai bumiputera, tapi tidak pernah terfikirkannya, dan kami tidak bercakap soal kaum di sini, semua dinilai kerana merit masing-masing.
Majoriti staf adalah bumiputera. Pembahagian tugasnya mudah, Kamarudin jaga kewangan dan korporat, Aziz Bakar jaga PR, dan saya jaga marketing dan operasi.
LALUAN PENERBANGAN PERTAMA AIRASIA?
Memula-mula saya dapat laluan ke Langkawi, kemudian dapat Pulau Pinang dan selepas dua tahun kami beroperasi semuanya jadi lebih mudah. Pada kami orang ramai, rakyat yang banyak membantu kami.
Kerana sebelum itu sukar untuk menggunakan perkhidmatan penerbangan (mahal). Orang ramai yang berjuang untuk kami. Sebenarnya orang pertama yang membantu kami dari segi media adalah Rocky Bru (Ahtirudin Atan) dan NST.
Dia adalah editor Malay Mail, saya duduk dengan beliau, dan beliau banyak membantu, juga Utusan dan Berita Harian, Datuk Manja Ismail. Aziz Bakar kenal mereka ini semua.
BAGAIMANA ANDA MEMBINA AIRASIA?
Kami membina jenama, tidak ada syarikat Malaysia yang melabur seperti kami, kami taja MU, pengadil, Formula 1, LA Rangers, kamu tidak boleh pergi dari 200,000 penumpang kepada 30 juta penumpang tanpa melabur.
MAS perlu membina jenamanya.Taja golf atau apa saja, Emirates ada di mana-mana. Kamu potong kos di sana sini, dan akhirnya kamu tiada keuntungan, tiada gunanya.
Syarikat Malaysia kurang pentingkan pembangunan jenama, kami sebaliknya, saya ke Liga Perdana Inggeris, bentangkan kepada mereka mengapa perlu menyokong syarikat Malaysia.
Ini kerana rakyat Malaysia sudah menonton Liga Perdana Inggeris sejak 60 tahun dulu.
Membina jenama adalah amat penting pada syarikat yang ingin berkembang, ketika kami menaja MU, saya dan Kamarudin ke Old Trafford, kami tidak menonton perlawanan, kami menonton papan iklan… hahaha wow Air Asia.. haha.
Kami bawa pasukan MU dalam penerbangan kami. Itulah kali pertama semua pemain hendak ikut serta dalam program bersama penaja, kerana apa? Kerana ada 25 gadis cantik (kabin krew Air Asia) yang melayan mereka sepanjang penerbangan… hahaha
Monday, May 21, 2012
Kisah bagaimana 4 artis ini mula bertudung
Monday, April 16, 2012
Thursday, April 12, 2012
Lawatan ke Bukit Tagar Sanitary Landfill
Bukit Tagar Sanitary Landfill (BTSL) dimajukan di atas sebidang tanah seluas 700 ekar yang dikelilingi zon penampan seluas 1,000 ekar. Ia terletak di dalam kawasan ladang kelapa sawit yang mempunyai kepadatan penduduk yang rendah di daerah Hulu Selangor.
AKSES
BTSL terletak lebih kurang 50 kilometer dari Kuala Lumpur dan dihubungkan oleh Lebuh Raya Utara Selatan melalui persimpangan Bukit Tagar yang dibina khas oleh KBE untuk membolehkan akses langsung dan mudah ke tapak pelupusan dari Kuala Lumpur dan Selangor.
KAPASITI BUANGAN
Dengan kapasiti 120 juta tan metrik, BTSL berupaya menampung keperluan pelupusan sisa pepejal dari kawasan Selangor dan Kuala Lumpur untuk tempoh lebih daripada 40 tahun. BSTL direka untuk mengendalikan sisa pepejal perbandaran dan buangan bukan toksin.
REKAAN TAPAK PELUPUSAN
BTSL direka sebagai sebuah tapak pelupusan Tahap IV, dengan pelapik membran HDPE, pengumpulan dan sistem rawatan leachate. Tapak pelupusan akan dimajukan dalam 17 fasa sepanjang tempoh 40 tahun. Ia dilengkapi sistem pemantauan air permukaan tanah yang komprehensif untuk mengawai sebarang pencemaran.